Alhamdulillah for today.
Alhamdulillah for life as HIS humble servant, Aslam’s wife, mama’s daughter, a sister, a friend and as Siska Kiko’s mommy. Alhamdulillah!
Tak banyak beza pun (konon) kehidupan selepas kahwin. Aslam banyak tolong (banyak sangat even dia pergi kerja, aku cuti lama) macam contoh semalam dia yang goreng nasi untuk sarapan harini (sebab dia tahu Nurul Izzaty ni sangat-lah failed bab goreng-goreng eceh, padahal banyak je lagi benda failed).
Start semalam Aslam kerja pagi, sebelum gerak mesti dia tunggu kejap tengok aku kunci pagar dulu baru dia gerak. If that was not love, I don’t know what is ehek.
Pastu pagi tadi lepas salam, Aslam cium dahiiiiiiiiii. Ada je dia cium dahi sebelum-sebelum ni tapi bukan lepas salam. Rasa berbunga-bunga hati dengan butterfly sambil gajah menari tengok harimau kejar rabbit. Meriah betul hati aku pagi ni!
Tak terfikir pun nak bukak blog baru after married. Ingat nak stop and tulis ringkas je apa-apa benda kat Twitter. Tapi rasa macam annoying pulak (aku rasa orang lain annoyed dengan tulisan aku) so di sini lah kita pada pagi ini. Sebab tak boleh kalau tak tulis. Since I have no friend yang boleh cerita-cerita semua, so again, here we are.
Thank you Allah for this life.
Comments
Post a Comment